Mata pelajaran | SAINS |
Tarikh | 12 Mei 2011 |
Masa | 11.05 – 12.05 |
Tahun | 2 Amanah |
Enrolmen | 18 orang |
Tema | Benda hidup dan benda tidak hidup |
Tajuk | Haiwan |
Tajuk Kecil | Bagaimana Haiwan membesar |
Hasil pembelajaran: | |
Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat: 1.1 Menyenaraikan tiga nama haiwan yang serupa dengan ibunya dengan betul. 1.2 Melengkapkan tiga rajah kitaran hidup haiwan yang tidak sama dengan ibunya dengan betul. 1.3 Memadankan anak haiwan dengan ibunya dengan betul. | |
Pengetahuan sedia ada: Murid tahu bagaimana haiwan berubah apabila membesar. | |
SPS: Pemerhatian,pengkelasan,dan menyatakan sebab. | |
KBKK: Pengkelasan | |
Nilai Murni: Kasih sayang | |
Pendekatan: Pembelajaran berpusatkan murid, pembelajaran berbantukan teknologi, generatif dan kolaboratif. | |
BBM: Gambar, laptop, komputer, slaid powerpoint, aplikasi blog | |
SET INDUKSI ( 5 minit )- Murid menonton video lagu haiwan dan menamakan haiwan yang ditayangkan. Murid bersoal jawab tentang haiwan yang diketahui. | |
Langkah 1- ( 10 minit)- Guru menerangkan bagaimana haiwan membesar berpandukan slaid powerpoint. Murid berbincang dengan guru bagaimana haiwan berubah apabila membesar. Murid bersoaljawab tentang anak haiwan yang serupa dengan ibunya. | |
Langkah 2- (20 minit) Guru menerangkan menerangkan haiwan yang tidak serupa dengan ibunya. Murid bersoaljawab tentang: Bagaimana haiwan bertukar apabila membesar? Bagaimana kitaran hidupan haiwan daripada anak hingga dewasa? Mengenali haiwan yang serupa dengan ibubapanya dan haiwan yang tak serupa dengan ibubapanya. | |
Langkah 3 ( 20 minit ) Latihan menyusun kitaran hidup haiwan . Murid memadankan anak haiwan dengan ibunya dengan menggunakan aplikasi yang disediakan dalam blog. Aktiviti pengayaan melalui permainan puzzle (murid menyatakan nama haiwan yang akan dicantum melalui aktiviti uji minda). | |
Penutup (5 minit) Rumusan Murid melengkapkan puzzle melalui aplikasi yang disediakan dalam blog. | |
Santai Minda
Monday, 13 June 2011
Rancangan Mengajar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment